Sunday, August 27, 2006

Google Adsense

Hey! Apa khabar anda? Boleh tolong saya tak? Saya telah menerima balasan e-mail daripada Google Adsense yang menyatakan permohonan saya tak dapat diluluskan kerana:
1. Account information incorrect or not provided
2. Unsupported language

Saya dapat memahami sebab pertama tu, mungkin kesilapan tidak memasukan nama penuh dll, tapi saya tidak begitu memahami sebab yang kedua itu. Adakah blog dalam BM tidak dibenarkan atau ada kesilapan lain yang telah saya masukan semasa pengisian borang adsense dulu.

Sesiapa boleh tolong saya?

Saturday, August 26, 2006

Apa Nak Jual?

Semasa aku menghadiri seminar, Sabri bertanya apa yang aku nak jual di internet, kerana aku datang ke seminar tu suka suka je, aku pun jawab dengan sportan (betul ke ejaan ni) yang aku nak jual perfume! Tapi sebenar nya aku tak tahu pun apa yang aku nak jual.
Boleh bagi cadangan apa yang aku boleh jual? Harga biar lah dalam lingkungan USD10-50. Jom join seminar dan kita jumpa disana!

Thursday, August 24, 2006

Hey, rupa-rupa nya disini pada 9 September 2006.

Wednesday, August 23, 2006

Hey!
Kenapa aku tulis blog? Kerana aku bukan seorang yang rajin menulis. Aku juga bukan seorang pandai menulis. Aku tak reti nak tulis panjang-panjang. Bahasa aku juga bukan nya betul sangat! Tapi aku cuba juga nak menulis kerana nak buktikan pada Sabri dan Sazwan yang aku boleh buat blog walaupun standard nya tak seberapa. Tak mengapa!
Dua hari lepas Sabri menulis dalam blog nya bagaimana nak menulis blog yang baik, blog yang dapat menarik hit yang ramai. Nak baca jugak? Meh kat sini! . Aku sebenarnya nak hantar komen juga tapi terasa siapa lah sangat aku ni dibandingkan komen-komen yang telah dihantar. Mereka walaupun blogger baru tapi dah kira expert dengan bab-bab IT ni.
Ok, kita jumpa lagi.......

Thursday, August 17, 2006

Hey, Selamat Bertemu buat kali pertama

Assamulaikum,
Ini kali pertama aku menulis disini. Sebab apa aku menulis disini? Mula-mula aku selalu gak masuk dalam blog orang lain, baca apa yang ditulis, tapi tak pernah bagi komen. Beberapa minggu lalu aku telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh dua pemuda yang telah berjaya dan menjadi jutawan. Aku telah dapat satu ilmu yang selama ini aku buat tak hirau walaupun aku tahu sedikit sebanyak tentang nya. Sebenarnya aku hadiri seminar tu bukan nak tahu sangat tentang apa yang hendak disampaikan tetapi lebih kepada hendak bertemu dengan pemuda pemuda itu yang selalu aku baca blog mereka.
Nak tahu siapa mereka? Jom ikut aku!
Join aku jumpa mereka pada 8 Ogos 2006.